Ayam Percik Kelantan

Salam semua..
harini Nana baru nak add resipi yang sbenarnya lama dah wat..bulan lepas kalo tak silap.
Cuma haritu buat and snap gambar untuk anta laporan kat Myresipi je..
Nak masukkan kat blog memang tak terpikir sebab blog ni kan baru je ditubuhkan..hehehe :P
Nana jumpa resipi ni kat Myresipi.
Resepi ni memang sedap! so bleh la korang cube lpas ni. 


Bahan-Bahan:
Ayam
Santan
*Bawang putih
*Bawang besar
*halia
*serai
*ketumbar
*jintan putih
tepung beras
asam jawa / asam keping
cili kering / cili boh
garam & gula secukup rasa
(kuantiti terpulang pada kuantiti dan saiz ayam)

Cara-cara:

1) Blend semua bahan bertanda *, dan perap ayam selama 30minit
2) kemudian masukkan ayam yang telah diperap ke dalam periuk bersama semua bahan yang lain.
3) Masak ayam sehingga 3 suku masak dan kuah agak pekat.
4) Angkat ayam dan masukkan sedikit kuah ke dalam loyang pembakar
5) Bakar dalam oven pada suhu 200 dc selama 1/2 jam atau keperangan
6) Hidang ayam yang telah dicelup dengan baki kuah tadi

Siap...!

0 comments:

Post a Comment

Bebelan:

 
  • Dapur Chunkiess © 2012 | Designed by Rumah Dijual, in collaboration with Web Hosting , Blogger Templates and WP Themes