Biskut chips ala Famous Amos

Setiap kali lalu depan kedai Famous Amos dalam pasaraya, pastinya semerbak bau biskutnya yang sangat mengiurkan. Tapi bila tengak harganya.. mak aih, rase macam x puas makan sebab 100g dah hampir RM10. So Nana teramat suke bila terjumpa resipi biskut ni. Resipi ni Nana jumpa dalam website omputih..tapi dah tak ingat link dia. Ape-ape pun biskut ni memang disukai ramai.. ngadap makan benda ni sambil tengak TV pun tak pe..haha orite. Jom tengak resipinya ;)


Bahan-Bahan:

1 cwn gula pasir
1 cwn gula perang
1 cwn butter
1 cwn minyak masak
1/2 cwn kacang walnut di tumbuk kasar
2 cwn semi sweet chocolate chips
4 cwn tepung serbaguna
1 biji telur
1 sudu besar susu segar
1 sudu teh garam
1 sudu teh cream of tartar
1 sudu teh baking soda
1 sudu teh esen vanila


Caranya:

1.  satukan kesemua bahan-bahan di atas kecuali minyak, kacang dan chips. Setelah semua bahan telah sebati barulah masukkan minyak tersebut diikuti kacang dan chips.
2.  Bentukan doh di atas loyang
3. Bakar pada suhu 175 dc.
4. Setelah nampak agak kekuningan dan garing, boleh lah keluarkan dan sejukkan di atas jaring besi.

Selamat Mencuba :)

0 comments:

Post a Comment

Bebelan:

 
  • Dapur Chunkiess © 2012 | Designed by Rumah Dijual, in collaboration with Web Hosting , Blogger Templates and WP Themes