Kuah Kacang Nasi Impit

Salam semua.. hehe lama tak update!
Semalam Nana wat kuah kacang dan rendang ayam sempena raya puasa 6.
So hari ni nana nak update resipi kuah kacang je la..
Rendang ayam nana dah penah letak resipi kat dalam blog ni..
bleh rujuk kat sini resipi rendang ayam.

rendang ayam versi 2..


Ok now jom kite lihat cara-cara nak wat kuah kacang:



Bahan-Bahan:

*Bawang merah
*Bawang putih
^ serai
^ halia
^ lengkuas
cili kering dikisar / cili boh
sedikit belacan
gula melaka + sedikit gula pasir
garam
kacang tanah - digoreng dan dikisar dan direndam dengan sdikit air

Cara-cara:

1) Kisar bahan bertanda *. Kemudian ketepikan
2) Kisar bahan bertanda ^ bersama belacan. Toskan, ambil airnya sahaja.
3) Tumis semua bahan kisar bertanda * dan ^ dan masukan cili boh. tumis..
4)masukkan kacang tanah dan biarkan sehingga pecah minyak
5)masukkan sedikit air(sukatan terpulang ada kuantiti kacang dan kepekatan)
6) apabila telah mendidih, masukkan gula melaka yang telah diracik kasar(mudah cair) dan gula pasir serta garam.(perasakan mengikut selera anda)
7) buka api dapur paling perlahan dan biarkan kuah masak sehingga pekat (air dan kacang sebati)

Sedia untuk dihidang bersama nasi impit dan satey. :)

0 comments:

Post a Comment

Bebelan:

 
  • Dapur Chunkiess © 2012 | Designed by Rumah Dijual, in collaboration with Web Hosting , Blogger Templates and WP Themes