Pandan Layer cake♥


Resipi asal dari cik comel kite..cik Raihana
Me acih cik Rai.. I minta izin copy paste yer ;)
kalau nak tengak secara step by step leh tengak kat blog Rai.

Bahan2 untuk membuat sponge cake pandan:
*125 gm tepung gandum
* 1 camca teh baking powder (*disatukan dan diayak)
160 gm gula pasir
5 biji telur gred A
75 gm minyak jagung
15 gm ovallete
1 sudu teh pes pandan
2 sudu besar susu segar/cair

Bahan-Bahan kastad pandan:

1050 ml santan
225 gm gula pasir
12 gm serbuk agar2
85 gm tepung hoen kwe (warna hijau)
75 ml jus pandan (kisar 4 helai daun pandan dengan 75ml air,kemudian tapis)
secubit garam

Cara buat kek span:

1.Satukan semua bahan2 kecuali tepung ke dalam bowl mixer.
2. Bila dah betul2 kembang, perlahankan speed mixer dan masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga habis.
3. Putar sehingga betul2 sebati.
4. Griskan loyang dengan marjerin dan alaskan permukaan bawah loyang dengan kertas minyak.. 
5. Kemudian bakar dalam oven pada suhu 180 celsius selama 30 minit.
6. Bila cake dah masak, biarkan cake betul2 sejuk pada suhu bilik.
7. Kemudian potong cake kepada 3 bahagian.... nak senang,potong guna pisau bergerigi.

cara wat kastad pandan:

1. Satukan semua bahan2.. Pastikan tidak berketul2
2. Masak di atas api sederhana sehingga pekat dan berkilat. jangan tinggal. kena kacau sentiasa. kalau tak hangit.. Bila dah likat, tutup api. kemudian biarkan dia suam2..
3. griskan loyang yang sedikit besar daripada cake dengan marjerin..
Seelok2nya gunakan loyang spring form pan.. mudah dibuka.
4.masukkan lapisan cake sponge yang pertama..
5. Kemudian sendukkan kastard tadi dan tutupkan keseluruhan lapisan cake nie.. ruang2 kosong kat tepi tu pun penuhkan sekali dengan kastad.
6.lepas dah lapiskan dengan kastard.. tutup dengan lapisan cake yang kedua.. tekankan sedikit bagi melekatkan 2 lapisan tu..
7.buat benda yang sama sampai lapisan ketiga..
8.last sekali... tutup permukaan kastard tadi dengan kelapa kering.. masukkan dalam peti sejuk sekurang2nya 2 jam... makan sejuk2 lagi sedap...

0 comments:

Post a Comment

Bebelan:

 
  • Dapur Chunkiess © 2012 | Designed by Rumah Dijual, in collaboration with Web Hosting , Blogger Templates and WP Themes