Custard Cream Puff

Assalamualaikum :)
Petang tadi nana sempat wat cream puff custard untuk menu minum petang.
Nana memang gemar sangat ngan cream puff..
kalau ade terjumpa jual kat kedai-kedai..
mesti nak beli..
harga plak 1 cream puff RM1 - RM2...
Bila dah dapat buat dan rasanya sangat umpph!!
rase sangat puas ati sebab leh makan banyak-banyak~!!
Ok, resipi macam biasa dari dapur kak Ita

Macam biasa si pemalas hanya pandai copy paste resipi je..
minta izin yer tuan punya resipi kak Ita :)

CREAM PUFF
100ml air 
45g butter-suhu bilik, potong 1cm
60g tepung gandum- diayak
2 biji telur(100g)

Cara:

Mula-mula, panaskan oven pada suhu 200C.

Alaskan dulang oven(oven plate) dengan aluminium foil kemudian sapukan minyak ke atasnya.
Kalau guna loyang kuih tak payah alas kertas aluminium, terus aje sapukan butter 
Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul biar telur kuning dan putih hingga bercampur.
Tepung gandum di ayak 

Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehinggalah mendidih. Bila dah mendidih tutupkan api.
Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat.
Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api.
Masukkan telur, kacau cepat-cepat 
Masukkan adunan ke dalam piping bag.
Gunakan nozel 1 cm. Kalau tak de potong aje bucu plastik anggaran 1 cm
Pipe kan ke atas dulang

Tekan bahagian tanduk yang terhasil supaya cream puff nampak cantik.
Spray permukaan cream puff dengan air. Bakar dalam oven pada suhu 200c selama 15 minit.

  
Kemudian turunkan suhu kepada 180c dan bakar selama 25 minit. Kalau nak nampak lagi perang biarkan cream puff di dalam oven beberapa minit sebelum dikeluarkan. 
Sejukkan cream puff sebelum dimasukkan cream custard. 

CREAM CUSTARD

1 sudu besar tepung
1 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar gula
200ml (1 cup) susu segar - nana pakai susu cair
1 biji telur (L size)
1 sudu besar mentega
1 sudu teh esen vanila 
sedikit pewarna kuning

Masukkan tepung, tepung jagung dan gula  ke dalam mangkuk. 
Masukkan 1-2 sudu besar susu. Kacau rata jangan ada yang berketul2
Masukkan telur dan kacau lagi. 
Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau.
Wrapping mangkuk dan masukkan ke dalam microwave. Guna suhu yang tinggi. 
Masak sehingga pekat. 
Setiap 1 minit lebih bawa keluar dari microwave dan kacau.
Ulang sehingga pekat.
Bila dah siap, masukkan butter dan kacau rata. 

nana guna kaedah ni:
masak atas dapur dgn api yg sederhana.
Adunan hendaklah dikacau untuk mendapatkan cream custard yg licin.


Versi ada icing sugar

0 comments:

Post a Comment

Bebelan:

 
  • Dapur Chunkiess © 2012 | Designed by Rumah Dijual, in collaboration with Web Hosting , Blogger Templates and WP Themes