Non-Baked Mango Cheesecake

Assalamualaikum...
Rase macam lama jer tak add resipi baru..
Sibuk sket kebelakangan ni, tapi start minggu hadapan..
insyAllah akan ade resipi-resipi baru yang nak dicuba..
sebab start minggu depan, masa free dah banyak, dah tak keje :)
Ahad haritu nana tak tentram tengak mangga dan cheese dalam peti..
pastu ternampak-nampak gelatin yang blum digunakan lagi..
akhirnya..
base biskut oreo
adunan padat cream cheese dan potongan buah mangga
topping coklat ganche
Non-baked Mango Cheesecake
(Gambar ni je yang sempat tangkap, sebab lpas-lpas tu dah telupe bila kusyuk jer makan)

Ekceli resipi ni nana terjumpa kat blog honey bee sweets ni.
tapi nana cuma follow untuk adunan cream cheese sahaja.
lain-lain nana adjust suke-suke hati mengikut citarasan sendiri..huhue..
memandangkan, nana cuma budget buah manga untuk resipi ni sebiji sahaja..
so, nana buat sparuh adunan.
tapi yang kat bawah ni untuk 1 adunan loyang 9".

Bahan-bahan base:
150g biskut oreo
100g mentega/butter cair (suhu bilik)

Bahan-bahan filling:
500g cream cheese
60g gula kastor
1 sudu besar jus lemon / lemon paste
3 sudu besar mango puree 
- nana tak guna, ganti dengan buah mangga dihiris dan dicampur masa mengadun
250g isi mangga dipotong dadu
200g non-dairy whipping cream - diputar hingga kembang
1 1/2 sudu besar serbuk gelatin dicampur dengan 4 sudu besar air menggunakan kaedah double boil
(pastikan gelatin yang halal ok..)

Cara-caranya:
1) Untuk bahagian base biskut.. hancurkan biskut dan campur sebati dengan butter.
2) Ratakan adunan tadi ke dalam loyang 9" dan simpan didalam peti.
Lebih mudah jika menggunakan spring form cake pan.
3)  Menggunakan mixer, putar cream cheese, gula, jus lemon, dan mango puree sehingga sebati.
4) Kemudian masukkan potongan mangga yang telah dipotong dadu. Gaul sebati menggunakan sudip.
5) Pastikan serbuk gelatin betul-betul sebati dengan air menggunakan kaedah double-boil.
Masukkan 1 sudu besar whipped cream ke dalam bancuhan menurunkan suhunya sebelum digunakan.
6) Masukkan dan kaup whipped cream kedalam adunan cream cheese sehingga betul-betul sebati (jangan guna mixer). Kemudian masukkan bancuhan gelatin tadi dan gaul sebati.
7) Tuang ke dalam loyang di atas biskut yang telah disejukkan tadi dan masukkan kedalam peti selama 3 jam.
8)  Dalam resipi ni, nana buat coklat ganache untuk topping..

Bahan coklat ganache(sukatan agak-agak jer):
*coklat masakan - dicairkan secara double boil
*kemudian masukkan whipped cream(tak perlu diputar)
*masukkan sedikit bancuhan gelatin.
*kemudian curah ke atas kek dan biarkan kek di dalam peti sekurang-kurangnya 5jam dan selok-eloknya semalaman.

Nyummy!! Selamat Mencuba!! ♥

0 comments:

Post a Comment

Bebelan:

 
  • Dapur Chunkiess © 2012 | Designed by Rumah Dijual, in collaboration with Web Hosting , Blogger Templates and WP Themes