Pau Kaya Pandan

Assalamualaikum semua..dah makan?
Nana masih kekenyangan makan pau buat pagi tadi :)
Alhamdlah, 1st time wat pau sendiri,
Slalu my mom yang wat..
Nana tukang makan jer..hihii
kali ni kena lah wat sendiri...
dan hasilnya alhamdlah,tidak menghampakan..
lembut dan gebu ajer seperti tajuk tuan punya resipi ni..
Ok, resipi ni nana amek dari page myresipi..
tapi lupe nak save link, skang dah tak jumpe plak
Takpe lah..jom kite tengak bahan-bahanya.

 


Bahan-bahan:
 2 1/2 cawan tepung pau - tepung gandum pun boleh
3/4 sudu teh yis
1/2 sudu teh baking powder
4 sudu besar gula kastor
1 sudu makan minyak masak
1 sudu teh bread softer
1/2 cawan air suam
secubit garam
inti secukupnya - tak kisah nak guna inti apa, nana guna kaya pandan
kertas alas 2x2 secukupnya

Cara-cara:
1) Masukkan semua bahan-bahan kecuali air dan minyak, gaul rata 
2)  Masukkan air suam sikit-sikit sambil uli sehingga menjadi doh.
3) Akhir skali baru masukkan minyak dan uli sehingga tidak melekat.
4) Rehatkan doh lbih kurang 30minit agar doh naik.
5) Bahagikan doh kepada beberapa bahagian dan bulatkan.

6) Masukkan inti dibahagian tengahnya dan bulatkan doh serta letak diatas kepingan kertas.
7) Didihkan air kukusan. Rehatkan doh selama 15-20 minit.
8) Apabila kukusan telah panas, boleh la letak doh dan kukus selama 15 minit.
Pau smemangnya enak dimakan ketika panas..
slamat mencuba :)

0 comments:

Post a Comment

Bebelan:

 
  • Dapur Chunkiess © 2012 | Designed by Rumah Dijual, in collaboration with Web Hosting , Blogger Templates and WP Themes