Chocolate Creamcheese Cake

Assalamualaikum..
Kek ni dari resipi coklat indulgence 1 layer cuma krim dia, nana tukar kepada cream cheese berperisa coklat bagi memenuhi permintaan rakan.


Bahan-bahan:

1) Kek span coklat 2 keping (boleh guna mana-mana resipi kek span yang ada atau guna tepung ready mix untuk lebih mudah)
2) Cream cheese (resipi disediakan dibawah)
3) Coklat ganache - (boleh guna mana-mana resipi)

Bahan-bahan cream cheese: 
1/2 cawan butter (suhu bilik)
8 oz  cream cheese (suhu bilik)
2-3 cawan gula aising
chocolate paste - kuantiti ikut citarasa

Cara-cara cream cheese:
1) Putar butter dan cream cheese hingga lembut dan sebati.
2)  Kemudian masukkan gula aising sedikit demi sedikit sehingga pekat dan mengikut citarasa kemanisan yang anda mahukan.
3) Masukkan perisa coklat atau coklat paste mengikut citarasa masing-masing.


Cara menyediakan:
1) Ambil sekeping kek dan lapiskan dengan cream cheese. Kemudian tutup dengan sekeping kek lagi. Ratakan keseluruh kek menggunakan baki cream cheese tadi.
2) Tuang coklat ganache dan biarkan didalam peti selama 30minit
3) Boleh lah hias mengikut creativity masing-masing atau boleh terus dimakan begitu sahaja.

Selamat Mencuba!

0 comments:

Post a Comment

Bebelan:

 
  • Dapur Chunkiess © 2012 | Designed by Rumah Dijual, in collaboration with Web Hosting , Blogger Templates and WP Themes