Kek Keladi

Assalamualaikum..

Harini nana nak update 1 lagi resepi menarik, yang dah lama nana tringin nak makan..
1st time makan kek keladi masa zaman sekolah dulu kalau tak silap..
waktu tu makan kat rumah kawan..
Then raya lepas, nana suruh kawan buat..
tapi kawan tak sempat nak buat sebab slalu time raya dia bz..
Then nana pun tangguhkan dulu lah hajat nak makan kek keladi ni...
Actually kek keladi yang nana tringin tu lebih kurang jer macam Pandan Layer Cake yang nana penah wat taun lepas.
Smalam nana dah terbeli 1 biji keladi, walhal dalam resepi just menggunakan perisa keladi,
bukannya keladi sebenar..
Nak tak nak, terpaksalah mencari alternatif lain untuk menggunakan keladi..
nasib baik terjumpa 1 blog ni..
Dah siap buat semua.. tetiba time filling tu something goes wrong somewhere..
macam pelik sket dengan resepi kat situ sebab..
kalau diperhatikan kuantiti cecair tersangat kurang dari kuantiti keladi..
dan kebetulan smalam nana memang wat separuh je kuantiti keladi, yang lain masih sama..
itupun seperti tak logik, sebab asal bubuh je pewarna, langsung malap jugak..
sebatian plak pelek jer tak semacam dalam gambar dia...
haish tak leh jadi,  terus terpikir-pikir cara nak menjimatkan bahan..
last-last terpaksa jgak gunakan pertolongan mr.whipped cream (standby slalu dalam peti)
nana try gna whipped cream and campur sebatian tadi..
alhamdlah, jadilah whipped cream berperisa keladi ala-ala ice-cream yam gitu..haha
(sebatian keladi 1 periuk..hanya guna 2 senduk..membazir!)

Ni lah dia hasil setelah di deco dengan sangat malas..
deco guna white choc je sebab malas dah nak putar cream..
hahahah cream mahal! perlu jimat~!

ni keadaan dalamnya...abaikan kesan potong tersebut k..

Ok bawah ni resepi kek ni..
kuantiti bahan masa nana wat ni, main agak-agak jer,
so jika ada yang terkurang mana-mana, adjust la sikit-sikit yer :)

Bahan-Bahan:
Sediakan kek span dipotong 3 bahagian (boleh guna mana-mana resepi)
250g keladi 
(dikupas, potong kecil dan rebus hingga empuk)
1/4 cawan gula
1 biji telur gred A
40g santan pekat
200 ml air
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil gelatin
beberapa titik warna ungu
1 sudu kecil garam
2 1/2 cawan whipped cream
10g serbuk gelatin -campur dengan 2 or 3 sudu air (pastikan gelatin betul-betul larut)
kelapa kering sebagai hiasan

Cara:
1) Blend keladi, air dan telur(jika blender tidak dapat berputar, tambah sedikit air. 
Adunan sememangnya pekat.
2) Kemudian campurkan dengan bahan yang lain ke dalam periuk dan masak hingga mendidih.
3) Putar whipped cream hingga kental(campur gelatin. boleh campur icing sugar jika kurang manis) dan campurkan 1 cawan adunan  keladi tadi (pastikan adunan sudah tidak panas).
Ambil 1 lapis kek, kemudian sapu krim keladi diatasnya. (ulang langkah hingga habis lapisan)
4) Hias dan sejukkan kedalam peti sekurangnya 4jam sebelum dihidangkan (lebih baik diset semalaman)


jemput makan :D


0 comments:

Post a Comment

Bebelan:

 
  • Dapur Chunkiess © 2012 | Designed by Rumah Dijual, in collaboration with Web Hosting , Blogger Templates and WP Themes