Kek oren

ASsalamualaikum...
semalam tengah duk mlanguk tengak FB,
tetiba ternampak myresepi post resepi baru..
try check..
trus teringin nak mencuba..
bkan apa, uniknya resepi ini..
dia masukkan 1biji oren dengan kulit-kulit skali..
then semua bahan pun campur skali dalam blender...
simple giler kan!
nak gak tau apa rasanya..
tu yang aku excited trus pi cuba
kebetulan bahan-bahan pun dah ada...
dan hasilnya...
Jadilah kek oren :)
Memang berhasil lah resepi ni..
bagus, mudah dan cepat..
tapi bila rasa..
saya tak brapa gemar kek sebegitu..
nak-nak lagi bila pikir penggunaan minyak semata-mata..
tanpa air,susu atau butter...
tapi kire menjadi kek tu kira powerlah empunya resepi ni..
so kepada sesapa yang teringin nak wat kek
atau 1st time nak wat kek..
haa cuba lah resepi ni k..
konfem jadi punya~
Resepi asal: Myresepi

Bahan-bahan:
*1 biji oren - cuci, potong, buang urat putih
*1 cawan minyak
*2 cawan gula halus
*3 biji telur
2 cawan tepung gandum - ayak bersama 1 sudu besar baking powder

cara:

1) Campurkan kesemua bahan bertanda * ke dalam blender dan kisar hingga halus.
2)Tuang ke dalam mangkuk dan masukkan tepung yang telah diayak bersama baking powder sambil dikacau sebati.
3) Tuang ke dalam loyang beralas dan bergris.
4) Bakar pada suhu 170C selama 40-60 minit.

ps: Nana tapis bahan lepas blender.

Senangkan?!
Selamat Mencuba!!

0 comments:

Post a Comment

Bebelan:

 
  • Dapur Chunkiess © 2012 | Designed by Rumah Dijual, in collaboration with Web Hosting , Blogger Templates and WP Themes