Puding jelly buah koktel

0 comments


Sangat lama tak menambah koleksi resepi..
skarang bz sket ambil tempahan..
sampai tak menyempat nak try resepi baru..
bila tengak dapur kak Ita..
macam-macam resepi baru dia masukkan..
rasa tak sabar nak mencuba..
dan semestinya aku tengah mencari masa untuk buat pavlova yang tengahangat skang ni
ok la..ni resepi dah lama peram..
tak sempat-sempat upload sebab asal buat je xsempat amek gambar, dah habis..
kali ni tak lepaskan peluang lagi..
resepi asal oleh Chef Cikgu Lisa dari Mathill
rugi tak mencuba..simple but nyamaaan~!

Bahan-bahan:

Instant jelly 1 kotak/paket
buah koktel tos (simpan airnya untuk kastad)
kastad (resepi di bawah)

Bahan kastad (boleh juga guna mana-mana resepi kastad yang lain) :
1 tin susu cair
air dari buah koktel
gula secukup rasa
2 sudu tepung jagung (bancuh sikit dengan susu)

cara kastad:
Masukkan semua bahan dan masak diatas dapur dengan api yang perlahan sehingga pekat.


Cara:
1) masak jelly seperti cara pada kotak tersebut. sejukkan.
2) letak lapisan kastad..
3) hiaslah dengan buah-buah koktel diatasnya.

dah siap..senang kan~! :)

 
  • Dapur Chunkiess © 2012 | Designed by Rumah Dijual, in collaboration with Web Hosting , Blogger Templates and WP Themes