Puding Karamel

Assalamualaikum..

Sabtu nana balik kampung..
kampung mana??
memandangkan dapat balik 18 hari..
so bahagi 2 lah, smggu kg suami kat Klang,
sminggu kat kg terchenta, Kuantan..
so sbelum memulangkan diri ini..
nana nak add resepi yang nana teliur setelah sekian kalinya..
akhirnya petang tadi ku gagahi jugak membuatnya..
ekceli sbelum ni dah beberapa kali buat, 
tapi resepi yang lain.. (ntah mana letak, tak save)
so tadi nak buat, try resepi dari blog kak Ina ni..
Sebelum ni buat memang nana ikut sukatan yang diberi..
dah nama caramel konfem la manis kan..
tapi memikirkan suami tak suka manis..
so tadi nana kurangkanlah gulanya...
alih-alih tawar hebey plak jadinya..
macam makan tauhu pun ade..
haish..xpe-xpe..
pasni kalo nak buat, jangan derhaka pada resepi diberi..
en.suami pun dah kata,
kalo dah nama karamel memang dia tak suka..
so nak tak nak lenkali tringin makan, 
buat makan sendiri..leh la wat manis sepeti resepi :D


Nana copy paste dari blog kak Ina - nana wat sparuh resepi je


Bahan-bahan

400cc(400ml) susu segar/susu cair
5 sudu besar gula halus
3 biji telur- pada suhu bilik
2 biji telur kuning-pada suhu bilik
2-3 titik esen vanila
[ KARAMEL ]
5 sudu besar gula
2 sudu besar air

Cara-cara

Sediakan karamel: Masukkan gula ke dalam periuk dengan 1 sudu besar air. Masak di atas api sederhana. Bila nampak sedikit perang, masukkan 1 sudu lagi air. Masaklah sehingga perang. Tuang ke dalam loyang. Ketepikan.
Masukkan telur dan kuning telur ke dalam mangkuk. Sambil dikacau masukkan gula sedikit demi sedikit. Kacau dengan perlahan sehingga sebati. Jangan biarkan berbuih
Dalam periuk lain masukkan susu dan esen vanila. Panaskan sehingga 60 degree. Jangan sampai mendidih. (Rasa dengan jari tau)
Dengan susu yang masih panas lagi, masukkan sikit demi sedikit susu ke dalam telur tadi. Kacau sehingga sebati. (Akak tuang ke dalam loyang dengan menggunakan tapisan,,nak bagi cantik kat puding tu)
Tuang ke dalam loyang yang ada karamel tadi.
Tutupkan loyang dengan 2 lapis aluminium foil. Kukus dengan api sederhana selama 30 minit
Atau boleh juga dibakar di dalam oven. Tapi perlulah diletakkkan air suam ke dalam dulang pembakar. Bakar selama 40-45 minit pada suhu 150 degree.
Bila dah masak. Jangan buka aluminium foil. Biarkan 5 minit. Kemudian bolehlah dibuka.
Bila sejuk bolehlah disimpan dalam peti a


0 comments:

Post a Comment

Bebelan:

 
  • Dapur Chunkiess © 2012 | Designed by Rumah Dijual, in collaboration with Web Hosting , Blogger Templates and WP Themes