Puding Roti Marble

Assalamualaikum..

Tenggelam timbul tenggelam timbul..
dah masuk bulan Ramadhan dah kan...
Ok lah, tak nak cakap banyak..
harini nana nak kongsikan resepi puding roti marble
Puding ni nana wat petang smalam untuk juadah berbuka..
kebetulan roti yang dibeli sebelum ni tak terhabis..
tu yang mencari-cari resepi menggunakan roti..
macam-macam jenis puding roti ada..
tapi untuk kali ni, nana try resepi dari kak Hana..
nana jumpa kat MyResepi
Bahan-bahannya sangat simple dan mudah disediakan.
teksturnya pun just nice :)
Jom kita terus kepada bahan dan cara membuatnya:


Sumber: Hana Myresepi

Bahan-Bahan & cara:

1) Didihkan 3cwn air+ 1/2 cwn gula+ 8gm serbuk agar-agar.
2) Blend sampai halus 4 kpg roti dicarik-carik+ 170ml susu cair+ 1/2 cwn susu pekat+ 1/2cwn air+ 2biji telur
3) masukkan bahan diblend tadi ke dalam air yang sedang didihkan.
4) masukkan 2 sudu besar mentega dan gaul hingga cair dan sebati. tutup api. 
4) bahagi 2 adunan.. masukkan 2 sudu besar serbuk koko dalam salah satu adunan.
5) masukkan adunan kedalam loyang selang seli atau ikut suka.
6) sejukkan di dalam peti..seeloknya paling kurang 2jam sebelum dihidang.

Sesuai untuk juadah berbuka..sedap dimakan sejuk-sejuk :)
Selamat Berbuka Puasa!

2 comments:

  1. thanks!

    nak try tp xtaw la bile tu.. hahaha

    ReplyDelete
  2. try jgn x try :)
    resepi yang sangat simple ni..15 minit siap..hehe

    ReplyDelete

Bebelan:

 
  • Dapur Chunkiess © 2012 | Designed by Rumah Dijual, in collaboration with Web Hosting , Blogger Templates and WP Themes