Lemon cheese cake - step by step

Assalamualaikum

Setiap kali buka peti..
hati resah gelisah je menengoknye
bila nampak seketul creamcheese stok yang dah lama dibeli..
tapi tak digunakan lagi sampai ke hari ini.
Then nampak pula choc ganache baki kek sbelum ni,
buka pula peti atas.. nampak whipping cream yang baru dibuka..
tiap hari tangan ni gatal je nak mula berbaking..
perasaan betambah membuak-buak lagi bila tengak mixer & oven..
tak boleh jadi ni..
so tadi, terus keluarkan bahan-bahan yang sepatotnye..
Berbekalkan bahan-bahan yang sedia ada,nana plan nak wat lemon cheesecake
resepi sebelum ni nana dah penah buat : Lemon Cheesecake
cuma kali ni nana tambah lemon zest & post dengan cara step by step..

---------------------------------------------------------
Bahan-Bahan Crust:
110gm biskut (nana guna biskut oreo, buang intinya)- dikisar halus
50gm butter / marjerin cair

Bahan-bahan filling:
250gm cream cheese
55gm gula castor (kalau suka manis, boleh tambah lagi)
esen vanila sikit..
1 biji telor
75ml whip cream
1 tbsp lemon juice/ esen lemon
lemon zest - optional
------------------------------------------------------------------------------------
cara-cara:

campur semua bahan, dan ratakan didalam loyang spring form.
bakar pada suhu 160c selama 5minit.

(1)
--------------------------------------------------------  


(2)
 Masukkan cream cheese dan gula, putar sehingga sebati


(3)   
Kemudian masukkan telur dan semua bahan yang lain, putar hingga sebati.

(4)  
Tuang atas crust yang telah siap tadi.
 Bakar secara water bath pada suhu 150c selama 45-50 minit*

(5) 
Bila dah siap, biarkan dalam oven dengan pintu sedikit terbuka selama 1 jam.
 Sejukkan di dalam peti sekurang-kurangnya 4jam dan seeloknya semalaman sebelum dipotong.

Selamat Mencuba ♥

Taraaaa~! siap deco dahh..utk makan sendiri jee

0 comments:

Post a Comment

Bebelan:

 
  • Dapur Chunkiess © 2012 | Designed by Rumah Dijual, in collaboration with Web Hosting , Blogger Templates and WP Themes