Lasagna Step by Step

7 comments

Assalamualaikum

Alhamdulillah akhirnya berjaya juga hasrat nana nak wat lasagna..
dah berjeruk niat and resepi ni disimpan..
harini, nak tak nak MESTI buat jugak!
Actually yang membuatkan nana malas nak wat sebab
penyediaan bahan-bahan dia yang leceh membuatkan terasa sangat malas nak buat
Wat lasagna dengan Quiche tak banyak beza..
yang beza is just lapisan kentang dalam Quiche diganti dengan kepingan lasagna.
dan yang pasti, sesiapa penggemar cheese..
pasti suka lasagna ni..
sebab memang sangat padat dengan rasa cheese!

Ada banyak versi dalam membuat lasagna ni...
versi yang nana wat harini 
nana gabungkan resepi dari blog-ana dan resepi yang telah diajar oleh kakak ipar (Kak Aza)
Okeh.. jom kita terus kepada bahan-bahan..

Bahan-bahan:


(Bahan bertanda '*' tidak ada dalam gambar di atas)

Lapisan sos putih (nana wat anggaran kasar jer):
3 sudu besar Butter
2 sudu besar tepung gandum
500ml Susu full cream / fresh cream
100gm cream cheese / cheddar cheese - di potong-potong supaya cepat hancur

Lapisan daging(nana wat anggaran kasar jer):
400gm-500gm daging cincang
bawang putih 5 biji - dicincang
bawang besar 1 biji - potong dadu halus / cincang
*cili boh - ikut citarasa masing-masing..nana bubuh 3sudu besar
1 tin Cendawan butang - dihiris
1 botol sos prego / kimball - nak perisa apa terpulang citarasa masing-masing
*3 sudu besar sos cili - tambah ikut citarasa masing-masing
* Sedikit Oregano, lada hitam, garam, dan gula - ikut citarasa masing-masing
*sedikit minyak masak untuk menumis

Bahan lapisan lain(nana wat anggaran kasar jer):
1 kotak Instant lasagna - nana celur sekejap dengan air panas
* cheese mozarella - nana xder..so nana ganti dengan cheese cheddar diparut
*Parmesan cheese - nana tak letak sebab takde


Cara-caranya:

1) Sos Putih

1) Cairkan butter, kemudian masukkan tepung gandum dan gaul hingga sebati.
2) Masukkan susu full cream / susu fresh, kacau sebati.
3) Masukkan cream cheese dan kacau sehingga sos sedikit pekat, tutup api.
Kalau sos terlalu pekat, boleh adjust tambah sedikit lagi susu.
Pastikan masak dengan api perlahan.


2) Daging


1) Masukkan minyak dan tumis bawang tadi
2) Masukkan cili boh dan biarkan sekejap hingga masak
3) Masukkan daging cincang dan masak hingga air daging hampir kering, (jangan terlalu kering, agak-agak daging dah hampir masak terus ke step seterusnya)
4) Masukkan sos prego / kimball serta cendawan. Kacau sebati.
5) Masukkan sos cili, lada hitam, garam, gula dan oregano secukup rasa.
Siap!


Mari Melapis!!

1) Tutup dasar loyang dengan kepingan lasagna

2) Kemudian lapiskan dengan daging yang telah dimasak tadi

3) Seterusnya lapiskan dengan sos putih (kalau suka cheese, taruk lebih sos putih lagi sedap)
beserta taburan cheese parmesan dan mozarella.
*kalau ada cheese mozarella lagi best..tapi nana tak beli aritu,
so guna ape yang ada je laa..cheddar cheese parut pun boleh

4) Tutup lapisan tadi dengan lasagna semula dan teruskan melapis seperti tadi hingga habis..
Biasanya orang wat 3 lapis jer dan pastikan lapisan terakhir adalah sos putih dan taburan cheese menutupi permukaan.

5) Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 30-40minit.
Bergantung pada oven masing-masing.
Nak tau dah masak ke belum?
Kira-kira dah nampak permukaan kuning keemasan gitue, leh la angkat dan hidangkan panas-panas.

Taraaaa~! Siap sudah hidangan tengahari kami tadi..lasagna!

Lasagna ni nana suka makan time panas-panas sebab ada lapisan cheese, waktu panas baru best!

Selamat Mencuba!

 
  • Dapur Chunkiess © 2012 | Designed by Rumah Dijual, in collaboration with Web Hosting , Blogger Templates and WP Themes