Hokkaido Chiffon Cupcake

Assalamualaikum

Wah! sekian lama menyepi dapur chunkiess ni kan!
kemarin nana ada wat creampuff..
then inti custardnye masih ada berbaki..
so pagi tadi dah nekad nak try resepi Hokkaido cupcake.
dah lama nana simpan resepi ni..
nana amek resepi ni dari blog kak Ita..
Ramai yang dah try kata memang sedap kek ni..
and memang nampak sedap pun sebab kek ni sangat gebu
Struktur kek ni lebih kurang jer dengan Mamon Cake yang penah nana wat sebelum ni..
cuma beza kek ni ada guna tepung kastad sikit.
ok la..jom kita terus kepada cara pembuatannya.


Sumber asal : Dapur Masam Manis
Nana copy paste je la yer ;)

HOKKAIDO CHIFON CUPCAKES

4 biji kuning telur
30 gm gula caster
1 sudu kecil esen vanila
40 ml susu segar
40 ml minyak canola ~ minyak makan pun boleh
55 gm tepung cake
20 gm tepung kastard
1 sudu kecil baking powder

4 biji putih telur
1/4 sudu kecil garam
80 gm gula caster


Panaskan oven pada suhu 170 C
Sediakan 8 biji ramekins bersaiz besar
Atau boleh juga guna mangkuk kertas cup cake yang keras
Atau boleh juga gunakan cawan muffin
Satukan tepung, tepung kastard dan baking powder. Kemudian di ayak 3 kali
Pukul kuning telur dan gula menggunakan whisk aje
Tambahkan vanila, susu dan minyak dan pukul rata.
Masukkan bahan yang telah di ayak tadi dan gaul rata
Dalam bekas lain ~ pastikan bekas berkeadaaan kering
Pukul putih telur dan garam hingga berbuih
Tambahkan 80 gm gula sedikit sedikit dan terus memukul dengan kelajuan tinggi hingga adunan kental dan kaku (soft peaks)
Ambil 1/3 adunan putih telur dan masukkan dalam adunan tepung.
Gaul rata dgn menggunakan kaedah kaup balik
Kemudian masukkan baki adunan dan gaul hingga sempurna dengan kaedah yang sama
Tuangkan adunan dalam ramekins atau cawan kertas anggaran 80% penuh
Hentakkan sedikit bekas ramekins utk mengurangkan gelembung udara pada kek
Masukkan dalam oven dan bakar selama 25-30 minit
Keluarkan dari oven bila kek masak
Hentakkan bekas remakins sekali lagi dan biarkan kek sejuk
Bila kek sudah sejuk, bolehlah paipkan filling kedalamnya dengan menggunakan pipping bag.

-------------------------------------------------------------------------------------

CREAM CUSTARD

1 sudu besar tepung 
1 sudu besar tepung jagung 
4 sudu besar gula 
200ml (1 cup) susu segar 
1 biji telur (L size) 
1 sudu besar mentega 
1 sudu teh esen vanila - ita tambah

Masukkan tepung, tepung jagung dan gula ke dalam mangkuk.
Masukkan 1-2 sudu besar susu. Kacau rata jangan ada yang berketul2
Masukkan telur dan kacau lagi.
Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau.
Wrapping mangkuk dan masukkan ke dalam microwave. Guna suhu yang tinggi.
Masak sehingga pekat.
Setiap 1 minit lebih bawa keluar dari microwave dan kacau.
Ulang sehingga pekat.
Bila dah siap, masukkan butter dan kacau rata.
Adunan ini boleh juga di masak atas dapur dgn api yg sederhana.
Adunan hendaklah dikacau untuk mendapatkan cream custard yg licin.



Selamat Mencuba yer!!

3 comments:

  1. salam kenal.. singgah sekejap mmg tengah mencari hokaido cupcake .. nak D.I.Y sendiri sbb nak beli mahal... hahaha leh tak gitu .....

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam :)
      btol tu, rmai kata hokkaido cupcake ni mahal kat kedai..
      nana xpnah jumpa kat kdai lg..tp memang berbaloi dapat cuba wat sendiri kat rumah, boleh makan banyak2..sedap lak tu..hihi.
      Selamat Mencuba~! :D

      Delete

Bebelan:

 
  • Dapur Chunkiess © 2012 | Designed by Rumah Dijual, in collaboration with Web Hosting , Blogger Templates and WP Themes