Kek Chiffon Pandan

Assalamualaikum

Lewat petang tadi nana try resepi kek chiffon pandan.
Actually dah laaaame sangat nak buat kek chiffon.
Kali terakhir wat kek chiffon ni masa zaman cuti skolah menengah dulu kot..
time tu mak nana laa rajin wat kek ni, nana tolong2 jer la.
Sebab  ape nana sukeee sangat ngan kek ni??
dah nama pun chiffon kan, so keknyer mesti lah gebus 
I kalo gebus-gebus ni memang suke jer..hihi :D

Kebetulan semalam en.suami amek banyak plak daun pandan kat umah officemate nyer..
then kelapa parut pun ada...
dengan hati yang tak tenteram nak perabiskan cecepat apa yang ada..
nana pun sanggup keluar pi beli loyang untuk kek chiffon ni..
owh ya, actually kalo nak guna loyang bulat or 4segi yang biasa pun boleh..
tapi nana lagi suka guna loyang chiffon sebab.....
kalau guna loyang biasa.. dah jadi kek span laa namanya kan..hehe.


Okeh.. resepi kek chiffon pandan ni nana dapat dari dapur Lilly.
Memang terbaik laa resepi kek chiffon ni..
terrrrrrsssangat laa gebus..
bukan takat gebus.. en.somi pun kata sedap sebab dalamnya moist jer.
Okeh tak mo cakap banyak..
kalau nak tau cemana kegebusan kek ni..
sila lah try yer!
konfem bebaloi-baloi punyaa~!


Resepi nana copy paste je la yer..
Memang dasar malas nak menaip resepi..haha!

Kek Chiffon Pandan
Sumber resepi: Yatie

Bahan-bahan
Bahan A
6 biji kuning telur
2/3 cawan minyak Mazola
2/3 cawan santan pekat
½ sudu kecil garam
1 cawan gula pasir
pewarna hijau dan perisa pandan
1 1/2 cawan tepung gandum *diayak*
2 sudu kecil baking powder* diayak

Bahan B
6 biji putih telur
1/2 cawan gula pasir
1 sudu kecil cream of tar tar

Cara-cara
Bahan (A):
  1. Masukkan kuning telur, garam dan gula. Kacau. ( tak perlu kembang, sebati je dah cukup).
  2. Masukkan pewarna hijau, minyak & santan dan kacau lagi.
  3. Masukkan tepung( yg telah diayak bersama baking powder) gaul sebati dan ketepikan dahulu.
Bahan (B):
  1. Pukul putih telur sehingga menjadi berbuih.
  2. Kemudian masukkan gula.Pukul lagi hingga kembang.
  3. Masukkan cream of tar tar. Pukul lagi hingga betul2 kembang, jika diterbalikkan adunan tak jatuh.
  4. Last sekali, masukkan bahan B ke dalam bahan A sedikit demi sedikit....guna spatula sahaja, cara kaedah kaup balik.
  5. Tuang adunan ke dalam periuk lubang...tak perlu di lenser.
  6. Setelah siap, hentakkan beberapa kali dan bakar selama 45-50 minit 175c.
  7. Setelah masak, angkat kek dan terus terbalikkan di redai kek sehingga sejuk.
  8. Setelah sejuk, bolehlah di potong dan hidangkan.

 Ps: Untuk perisa pandan.. nana blendkan daun pandan bersama kelapa parut. kemudian perah untuk dapatkan pati santan tersebut.

2 comments:

Bebelan:

 
  • Dapur Chunkiess © 2012 | Designed by Rumah Dijual, in collaboration with Web Hosting , Blogger Templates and WP Themes