Oreo chilled cheesecake

Assalamualaikum...

Agak lama nana tak bersiaran
last bersiaran masa wat kek betday untuk en.suami
masa tu sebelum bersalin..
dan skarang?
baby dah nak masuk 5bulan pun..hihihi
Okeh..tak mau cerita panjang
harini nana nak masukkan resepi ciskek
sangat simple!
budak umo 10 tahun pun bleh buat
and konfem jadi!
sebab apa?
tak perlu bakar, tak perlu kukus...
campur bahan-bahan..
terus simpan dalam peti..
kemudian?
Nnnggaappp!!

nana amek resepi ni dari blog mimibakeryhouse
tapi resepi yang nana amek ekceli resepi marble cheesecake..
memandangkan oreo lebih digemari
and beli sebungkus biskut hancur oreo..
alang-alang gunakan skali dalam ciskek..


 (guna loyang 8")

Bahan-bahan:

Cake Base Ingredients:
150g biskut oreo hancur 
75g mentega cair

Method:
Gaul rata dua bahan di atas. Kemudian rata dan mampatkan adunan dalam tin loyang.
Simpan dalam peti sementara siapkan adunan cheese.

Cheese filling ingredients:
3/4 cup whipped whipping cream
4 tsps gelatine
4 tbsp hot water
250g cream cheese (room temperature)
4 tbsps sugar
6 tbsps milk
biskut oreo (kuantiti ikut lah nak letak banyak mana)

Method:

Putar whipping cream sehingga kembang.. ketepikan.
Campurkan gelatin dan air panas, gaul sehingga sebati.
Dalam bekas yang lain, 
campurkan gula dan cream cheese dan putar hingga lembut dan creamy. 
Masukkan campuran gelatin tadi beserta susu..putar lagi selama 5-8minit.
Campurkan adunan tadi bersama whipping cream dan biskut.
Gaul sebati kemudian masukkan ke dalam bekas loyang tadi.
Ratakan adunan dan boleh la tabur biskut oreo hancur diatasnya.
Anda juga boleh hias mengikut citarasa masing-masing.
Simpan dalam peti sekurang-kurangnya 4jam sebelum dihidangkan.

Selamat Mencuba! ♥



Anda boleh cuba or rujuk resepi oreo chilled cheesecake dari blog lain:


0 comments:

Post a Comment

Bebelan:

 
  • Dapur Chunkiess © 2012 | Designed by Rumah Dijual, in collaboration with Web Hosting , Blogger Templates and WP Themes