Snow Cheesecake

3 comments

Assalamualaikum..

Sebelum nak lolapkan mata ni..
nana nak add resepi kek yang tengah hangat melanda sejak 2 menjak ni..
Snow cheesecake..leleh!

kat sini nana masukkan 2 versi snow ciskek..
1st versi span biasa
2nd versi span cheese
bezanya??
versi span cheese lebih ringan dari versi 1st tu..

Hokeh tak mo celoteh panjang..
sebab dah lewat sangat..nak masuk tido daaa!
so, i copy paste je la.
minta izin ye tuan empunya blog (kak hana & kak ct delima)♥



Snow Cheese Cake



rujukan: Siti Delima

Bahan-bahan :
6 biji telur - buang putihnya dari 2 biji
100 gram gula kastor
100 gram tepung hong kong / self raising flour / tepung gandum
60 gram tepung jagung (maizena)
50 gram air sejuk - dari peti ais
1 sudu teh baking powder
2 sudu besarn ovalette
75 gram mentega - dicairkan

Krim Cheese :
1 kotak cream cheese philadelphia
1/2 tin susu pekat manis -
Cara: satukan kedua-dua bahan dan putar sehingga adunan licin tidak berketul.

Untuk Topping :
1/2 kotak cheddar cheese KRAFT - diparut

Cara-cara :

1. Masukkan semua bahan-bahan kecuali mentega cair. Putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat dan putih. Kemudian masukkan mentega cair dan putar lagi sehingga sebati dan pekat.
2. Sediakan loyang bulat 8 inci yang telah dialas dengan kertas minyak atau yang telah disapu dengan sedikit butter.
3. Bakar dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit atau hingga masak, dengan kepanasan 150' C.
4. Bila kek sudah masak biarkan sejuk. Bila dah sejuk, ambil pisau kek dan potong di tengah-tengah kek supaya menjadi dua bahagian.
5. Sapukan krim cheese di atas bahagian kek yang bawah, kemudian tenggekkan bahagian kek yang atas tadi di atasnya.
6. Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
7. Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi keseluruh kek sebagai toppingnya.
8. Masukkan dalam peti sejuk selama 1-2 jam sebelum dipotong dan dihidangkan.






RESEPI SNOW CHEESE CAKE

Bahan-bahan
Untuk Kek
4 keping slice cheese - 6 keping
170ml susu segar - 250ml
70g butter - 100g
80g gula halus -100g
80g tepung gandum ayak (hana buat 10g tpg SRF, 70g tepung superfine) - 110g
4 biji telur - 6 biji
1sk esen vanila

Untuk Topping
250g cream cheese philadelphia (satu ketul)
1/2 tin susu pekat
1/2 ketul keju cheddar kraf - parut


Cara-cara
Untuk Kek - Siat2kan slice cheese dan masukkan ke dalam periuk, Masukkan sekali susu segar. Kacau hingga cheese cair kemudian masukkan butter. Matikan api. (tak perlu hingga mendidih). Sejukkan.
Asingkan putih dan kuning telur. Pukul putih telur dan gula hingga bertanduk (terbalikkan tak jatuh).
Kemudian pukul kuning telur dan esen vanila lebih kurang satu-dua minit dengan kelajuan sederhana. 
Masukkan campuran susu segar, butter dan slice cheese tadi. Kacau menggunakan whisk.
Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga sebati.
Ambil 1/3 drpd putih telur dan kaup balikkan ke dalam adunan kuning telur. Kemudian campurkan baki adunan putih telur sedikit demi sedikit. Kaup balik sebati. (jgn over.. adunan agak ringan dan pekat)
Griss loyang dengan butter dan ratakan tepung supaya tidak melekat. (boleh juga alas dgn baking paper)
Tuang adunan ke dalam loyang dan bakar secara waterbath.
Bakar suhu 160 api atas bawah selama 50min-1jam (Bergantung kepanasan oven masing2). Uji kek sebelum keluarkan dr oven.
Sejukkan dahulu kek kemudian potong tengah dua bahagian.(hana potong guna pisau pemotong roti)
Untuk Topping - Pukul cream cheese dan susu pekat hingga sebati. Sapukan ke atas kek dan taburkan dengan parutan keju cheddar. Sejukkan dahulu dalam peti kemudian potong dan hidangkan.


 
  • Dapur Chunkiess © 2012 | Designed by Rumah Dijual, in collaboration with Web Hosting , Blogger Templates and WP Themes