Kek Marble Srikaya Kukus

0 comments

Assalamualaikum

Lamanyaaa nana tak update koleksi resepi kat sini kan....
sejak asik online pakai hp je,
dah jarang laa nak update resepi kat blog..
sebab biasanya nak update blog ni..
guna laptop gak lebih mudah..

actually banyak resepi nak share kat sini..
sepanjang sepinya blog ni..
macam2 resepi dah dibuat sbetulnya..
tapi takde kesempatan nak masukkan lagi..
tapi takpe lah..
if ada masa mendatang,
insyAllah akan diusahakan..
nak masukkan sekarang, tak sempat nak mencari resepi yang dah berkurun buat tu letak kat mana..
so harini nana masukkan resepi yang nana baru try petang tadi je lah ye..

ok.. resepi ni dah lama peram nak buat..
tapi macam biasalah..tak terbuat..
dan kebetulan kak ipar ada bagi loyang comel ni..
so dengan bantuan sikecik hazim..
akhirnya berjaya gak laksanakan...
hasilnya?
alhamdulillah, sedap dan moist..tak rugi mencuba.
yang penting, en.somi pun kata sedap..hiihii :D


Ok.. jom tengak resepinya.

Sumber:
*minta izin copy paste yer sis azie :)

Bahan-Bahan (Loyang 7x7x3)

1 cawan mentega
¾ cawan gula kastor - nana guna 1/2 cawan dah sedang elok manisnya
3 biji telur - nana guna 4biji sbb telo size kecik
¼ cawan susu pekat
¼ cawan serikaya
1½ cawan tepung gandum
1 sk serbuk penaik
1 sb serbuk koko
1 sk esen vanila
2-3 sb susu segar - nana guna 3sb
Sedikit pewarna yang disukai
-nana guna pewarna hijau shj. warna coklat dari koko, putih warna asal adunan


Cara cara:
Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan telur satu persatu dan pukul sebati.


Masukkan susu pekat, serikaya dan vanila. Kacau rata dan bubuh tepung gandum bercampur serbuk penaik. Bila sebati, warnakan termasuk satu adunan dengan koko.


Sudukan selang seli ke dalam mangkuk (aluminium) yang sudah dilengser dengan marjerin dan alas dasarnya dengan kertas kalis minyak. Tutup dengan aluminium foil dan kukus selama 1 jam atau hingga masak.

selamat mencuba 

 
  • Dapur Chunkiess © 2012 | Designed by Rumah Dijual, in collaboration with Web Hosting , Blogger Templates and WP Themes