Donut versi Buttermilk

Assalamualaikum..

Orait now nana nak share resepi donut yang dibuat minggu lepas..
kalau google resepi donut, tersangatlah banyak sbenanye..
and before this pun dah try beberapa resepi lain
 cuma tak sempat nak masukkan dalam blog ni..
apepun, sebelum resepi ni di peram dan dilupakan lama2 nanti..
baiklah nana share kat sini terus..
kot-kot next time nak wat lagi..
senang nak rujuk.

Donut ni sangat gebus..
nana amek dari website omputih..
jadi kat sini nana translate siap2 untuk memudahkan u ols.



Bahan-bahan:
  • 6 sudu besar (100 ml) air
  • 5 oz buttermilk (150 ml)  (at room temperature)*
  • 1 telur, dipukul (at room temperature)
  • 1/4 cwn (2 oz) (57 g) butter, di cairkan
  • 4 cups (1 lb) (454 g) tepung roti / gandum
  • 1/4 cup (2 oz) (57 g) gula
  • 1 tsp garam
  • 1/2 paket yis 10gm (kalau nak letak 1paket pon boleh)
  • minyak untuk menggoreng
  • gula secukupnya untuk digaul bersama donat

*kalau takde buttermilk, boleh campurkan susu 1 cawan + 5 sudu kecil jus lemon. kacau sebati. biarkan 15 - 20 minit. kemudian sukat ikut sukatan yang dikehendaki. (dalam resepi pakai 150 ml)


Cara-cara:

dalam website tu dia guna BBM (bread maker). kalau ada u ols guna je la kan..
macam nana dek sebab xde benda alah tu.. so kita manual je lah.

1) Bahan-bahan kering (tepung, garam, gula) dimasukkan ke dalam mangkuk mixer. kalau xde mixer, masukkan dalam mangkuk besar nak uli ye. gaul biar bahan sebati. kemudian masukkan garam, gaul sebati.

2) Bahan-bahan basah disatukan (buttermilk+butter cair+air+telur). gaul sebati.

3) masukkan bahan basah tadi kedalam bahan kering. gaul sebati hingga membentuk doh. Uli sehingga tak melekat pada bekas atau if uli pakai tangan, sampai doh boleh membentuk bulat.

4) uli doh lebih kurang 6minit. jika doh terlalu kental ( bila ditarik doh terus terkoyak and putus)..tambah air sedikit demi sedikit dan uli. ulang proses sehingga doh tak terlalu kental dan tak mudah terkoyak).

5) rehatkan sehingga doh naik seganda

6) tumbuk doh untuk buangkan angin. kemudian boleh la lakukan proses gelek dan terap donut

7) donut yang dah di terap, susun dalam loyang dan biarkan naik lagi sikit.

8) panaskan minyak. api sederhana perlahan.. goreng hingga kekuningan

9) tos dan boleh gaul ngan gula

sedia untuk dimakan. :)

0 comments:

Post a Comment

Bebelan:

 
  • Dapur Chunkiess © 2012 | Designed by Rumah Dijual, in collaboration with Web Hosting , Blogger Templates and WP Themes